KULIM, 27 Mac 2025 – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) melalui Pusat Dakwah dan Tarbiah Al-Jazari (PDTJ) meneruskan tradisi kebajikan dengan penyampaian Bakul Kasih Ramadan kepada 86 pekerja kontrak kebersihan dan keselamatan PTSB.
Pengarah PTSB dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada warga pekerja atas dedikasi mereka yang bertungkus-lumus memastikan kebersihan persekitaran sentiasa terjaga dan keselamatan kampus terkawal sekali gus berada pada tahap terbaik.
"Semoga perkongsian rezeki ini sedikit sebanyak membawa keceriaan kepada tuan puan sekeluarga dan saya amat terharu serta berterima kasih atas kerja keras yang diberikan. Saya mendoakan kesihatan yang baik, keberkatan hidup serta kebajikan yang sentiasa terpelihara buat semua," katanya.
Tradisi ihya ramadan ini mencerminkan keprihatinan pengurusan PTSB terhadap kesejahteraan warganya.
Haji Mohd Ruzi turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan bermaaf-maafan dengan semua penerima sejurus selepas majlis tamat.
Foto: Aniqah Hanis Noor Hazlan, UKK
#PTSBPrihatin
#IhyaRamadanPTSB
#RamadanPTSB2025
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud