Jabatan Sukan Kokurikulum dan Kebudayaan-Badan Beruniform PELATIH APM bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) Cawangan Kulim telah menganjurkan Perkhemahan Pelatih APM bagi memenuhi keperluan sukatan Kursus  Asas Pertahanan Awam Pelatih Semester 2.  Aktiviti perkhemahan ini turut dikendalikan oleh Pegawai Bersekutu Pertahanan Awam PTSB dan Pelatih APM Semester 4 PTSB.

Matlamat utama perkhemahan dalam jadual kursus  adalah untuk mempelbagaikan bentuk kaedah pengajaran dan pembelajaran selain dalam bilik/dewan kuliah. Walaubagaimanapun sukatan kemahiran asas Pertahanan Awam tetap dilaksanakan kepada para pelatih. Apabila aktiviti dilaksanakan di luar bilik/dewan kuliah diharap mereka lebih berkeyakinan dan juga sebagai loncatan untuk meneruskan kemahiran yang ada kepada peringkat yang lebih tinggi.  Aktiviti ini juga turut mengeratkan silaturahim serta saling kenal mengenali di antara pelatih.

Semoga sekembalinya peserta ke institusi membawa seribu kenangan manis yang tidak mungkin akan berulang lagi. Aktiviti telah berjalan dengan lancar dan tinjauan kepada peserta, semuanya telah menyatakan mereka telah memperoleh banyak maklumat dan ilmu serta pengalaman berkaitan pertahanan awam. Semoga program kerjasama dan berfaedah seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada waktu akan datang.

 

Perkhemahan Pelatih Angkatan Pertahanan Awam Semester 2 2018-all1

Perkhemahan Pelatih Angkatan Pertahanan Awam Semester 2 2018-all2

Perkhemahan Pelatih Angkatan Pertahanan Awam Semester 2 2018-all3