ย
SEBERANG PERAI โ Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menyokong agenda pembangunan mampan menerusi penglibatan dua pensyarah, Dr. Janet Ho Siew Ching dan Puan Shakirah binti Anuar sebagai penceramah jemputan dalam Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bertemakan Kelestarian Alam: Pembangunan Mampan Berteraskan SDG.
Program ini merupakan inisiatif bersama antara Persatuan Pendidik Lestari Hijau Pulau Pinang (GREW) dan Kolej Vokasional Seberang Perai. Seramai 20 pelajar dan 10 guru telah terlibat secara langsung dibantu oleh tiga fasilitator.
Turut diundang sebagai penceramah ialah empat lagi pensyarah daripada institusi di bawah Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) iaitu dari Politeknik Balik Pulau dan Kolej Komuniti Sungai Petani.
Pelbagai aktiviti interaktif telah dijalankan antaranya pengenalan kepada konsep โGo Greenโ dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), bengkel pembuatan sabun mesra alam secara DIY menggunakan minyak masak terpakai serta latihan pembangunan laman sesawang tanpa kemahiran pengekodan.
Program ini memberi penekanan kepada tiga Matlamat Pembangunan Lestari iaitu:
- SDG 4: Pendidikan Berkualiti
- SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab
- SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat
Ketiga-tiga matlamat ini sejajar dengan usaha memperkasa pendidikan berteraskan kelestarian alam dan inovasi teknologi. Melalui pendekatan berasaskan pengalaman, program ini berjaya memupuk kesedaran dan semangat tanggungjawab dalam kalangan pelajar terhadap pembangunan mampan dan kesejahteraan alam sekitar.
ย
Foto & Pelaporan:
Dr. Janet Ho Siew Ching
Jabatan Matematik Sains & Komputer (JMSK)