Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menerima kehadiran dua pegawai kanan Bank Islam Malaysia Berhad, Encik Zairil bin Zainol dan Encik Mohd Razep Ram dari Jabatan Transaksi Berpusat, Sokongan Korporat.
Pertemuan disambut oleh Dr. Mohd Nor Azam bin Mohd Dali, Timbalan Pengarah Akademik diiringi Log. Abdul Aziz bin Ishak, Ketua Jabatan Perdagangan. Fokus perbincangan melibatkan pelaksanaan Industrial Expert Enrichment Program (IEEP), pembangunan kokurikulum serta promosi aplikasi kewangan digital 'BE U by Bank Islam'.
Melalui pendekatan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Bank Islam giat menjalin kerjasama dengan institusi TVET bagi memperkukuh literasi kewangan, memperluas capaian teknologi digital dan membentuk pelajar yang kompeten serta celik nilai.
Inisiatif sebegini bukan sahaja merapatkan jurang antara akademik dan industri malah menyokong pembangunan komuniti pendidikan yang progresif dan inklusif.
Pelaporan: Log. Abdul Aziz Ishak, Jabatan Perdagangan
 
Foto: Aniqah Hanis Noor Hazlan, Unit Komunikasi Korporat