KULIM – Maklum balas rasmi daripada Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) mengesahkan bahawa semua teguran yang dibangkitkan semasa penilaian terdahulu bagi Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DEE) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah berjaya ditutup sepenuhnya.
Lawatan Penilaian Akreditasi Interim yang dikendalikan oleh Majlis Akreditasi Teknologi Kejuruteraan (ETAC) ini diketuai oleh Profesor Madya Ir. Dr. Wong Wai Kit.
Fokus lawatan adalah untuk menilai tindakan penambahbaikan terhadap dua perkara minor serta satu cadangan penambahbaikan (Opportunity for Improvement).
Kerjasama erat dan tahap kesediaan yang tinggi daripada pelbagai pihak telah menyumbang kepada kelancaran keseluruhan sesi penilaian. Komitmen berterusan pengurusan tertinggi, Jabatan Kejuruteraan Elektrik serta Unit Pengurusan Jaminan Kualiti (UPJK) menjadi pemangkin utama pencapaian ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat atas dedikasi dan usaha bersepadu dalam menjayakan proses akreditasi ini.
 
Pelaporan:
Masburah binti Mustafa
Ketua Penyelaras Akreditasi ETAC
 
Unit Pengurusan Jaminan Kualiti (UPJK)
Foto: Aniqah Hanis Noor Hazlan