𝐈𝐄𝐄𝐏 𝐁𝐚𝐧𝐤 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐅𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐑𝐞𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐝𝐞𝐧
Gabungan ilmu akademik dan amalan industri diterjemahkan dalam Industrial Expert Enrichment Program (IEEP) hasil kerjasama Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dan Bank Islam Malaysia Berhad.
Lebih 250 pelajar kursus Kewangan Perniagaan dari program diploma Pengurusan Perniagaan, Perakaunan dan Pemasaran mendapat pendedahan eksklusif berkaitan struktur perbankan Islamik dan konvensional serta perkembangan teknologi dalam sektor kewangan.
Antara topik utama ialah transformasi digital, peranan kecerdasan buatan (AI), keselamatan transaksi kewangan dan prinsip syariah yang disampaikan oleh wakil Bank Islam iaitu Encik Asraful Shafiq bin Abd. Manaf dan Puan Wan Siti Hajar Wan Salim.
IEEP bukan sekadar perkongsian ilmu malah menjadi jambatan kolaborasi berterusan antara institusi akademik dan industri kewangan dalam membentuk graduan yang bersedia menghadapi realiti pekerjaan sebenar.
Pelaporan:
Log. Abdul Aziz bin Ishak
Ketua Jabatan Perdagangan
Foto: Ahmad Faidz Md. Isa