𝐆𝐫𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢
Tenaga kerja mahir menjadi elemen kritikal dalam menarik pelaburan berkualiti ke Wilayah Utara. Menyedari keperluan ini, Agensi Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Negeri Kedah menjalinkan kerjasama strategik bersama institusi TVET di Kulim bagi memperkukuh bekalan tenaga mahir berdaya saing.
Dalam kunjungan hormat ke Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), kedua-dua pihak membincangkan isu kekurangan graduan TVET yang selari dengan keperluan industri khususnya di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara.
Menurut Pengarah MIDA Kedah, Encik Mohd Rushdan Mohd Ghazali, pelabur memerlukan jaminan sumber tenaga kerja berkualiti sebelum membuat keputusan melabur.
Sementara itu, Hj. Mohd Ruzi Hamzah, Pengarah PTSB menyatakan komitmen untuk terus melahirkan graduan TVET yang relevan menerusi pengukuhan kerjasama industri, pemodenan kurikulum dan kempen kesedaran TVET.
Usaha ini dijangka memberi impak jangka panjang terhadap pembangunan modal insan dan ekosistem pelaburan di rantau ini.
Pelaporan:
Nurhaida binti Abdullah Hadi
Ketua Unit Collaboration, Industry Services and Employability Centre (CISEC)
Foto: Aniqah Hanis Noor Hazlan