𝐒𝐢𝐦𝐩𝐨𝐬𝐢𝐮𝐦 𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤 𝐏𝐓𝐒𝐁 𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐌𝐞𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐥𝐦𝐢𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐫𝐢𝐤𝐮𝐥𝐮𝐦
KULIM – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) terus memperkukuh sistem akademik dan penjaminan kualiti program melalui penganjuran Simposium Akademik Siri 3 2025 yang berlangsung selama dua hari pada 7 dan 8 April 2025.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah PTSB, Haji Mohd Ruzi bin Hamzah yang menegaskan bahawa simposium ini bukan sekadar forum perbincangan malah menjadi ruang strategik untuk menilai keberkesanan pencapaian hasil pembelajaran pelajar dan hala tuju program.
“Simposium ini penting bagi memastikan keselarasan pelaporan PLO, CLO dan PEO dalam usaha memenuhi standard akreditasi MQA dan ETAC,” ujar beliau semasa ucapan perasmian.
Simposium ini menghimpunkan ketua program, ketua kursus, pensyarah utama serta penggubal kurikulum dari semua jabatan. Antara tumpuan utama ialah pelaporan Program Learning Outcome (PLO), pemantapan Course Learning Outcome (CLO) oleh jabatan sokongan serta penetapan semula sasaran Program Educational Objectives (PEO) bagi setiap program.
Sesi pembentangan dan diskusi Program Learning Outcome Review and Reporting (PLORR) memberi ruang kepada perkongsian pandangan dan amalan terbaik yang menyokong keberkesanan kurikulum dan kebolehpasaran graduan.
Simposium ini menjadi bukti komitmen PTSB dalam mempertingkat sistem pendidikan TVET sejajar dengan aspirasi kepimpinan tertinggi.
Pelaporan:
Masburah binti Mustafa
Unit Pengurusan Jaminan Kualiti (UPJK)
Foto:
Aniqah Hanis binti Noor Hazlan
Unit Komunikasi Korporat (UKK)