Kualiti pendidikan TVET POLYCC dalam bidang kejuruteraan terus membanggakan apabila tujuh program di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) diiktiraf dengan Akreditasi ETAC oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) untuk tempoh enam tahun bermula 2025 hingga 2030.
Akreditasi ini bukan sekadar simbol kelayakan tetapi lambang usaha berterusan dalam mengekalkan standard pengajaran, kandungan kurikulum yang relevan serta komitmen tinggi dalam membentuk graduan yang kompeten dan diyakini industri.
 
Tujuh program yang terlibat:
Diploma Kejuruteraan Awam (DKA)
Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)
Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) (DTP)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP)
 
Pengiktirafan ini sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada graduan untuk mendaftar sebagai jurutera siswazah serta memberi kelebihan dalam pasaran pekerjaan.
Syabas diucapkan kepada seluruh tenaga pengajar, pengurusan jabatan dan warga PTSB yang terus cekal memastikan kualiti pendidikan TVET berada pada tahap tertinggi.
 
Pereka: Ahmad Faidz Md. Isa, PPDM