𝐏𝐞𝐧𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐨𝐤𝐚 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐞𝐥 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐭𝐢𝐟
Budaya penyelidikan berimpak tinggi dalam kalangan tenaga pengajar terus diperkasa dengan nafas baharu menerusi penganjuran Bengkel Dinamik Penyelidikan Sosial & Teknikal oleh Unit Penyelidikan Inovasi dan Pengkomersialan (UPIK), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB).
Pensyarah jemputan, Dr. Nur Syuhada binti Mohd Radzi dari Universiti Utara Malaysia (UUM) membuka tirai sesi dengan pendedahan berstruktur berkaitan strategi membina idea penyelidikan yang signifikan serta panduan menulis artikel untuk penerbitan jurnal ilmiah.
Turut berkongsi kepakaran ialah Ir. Ts. Dr. Samsul bin Setumin dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, menyentuh aspek analisis data serta aplikasi kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam penyelidikan teknikal.
Interaksi dua hala melalui pendekatan interaktif dan aktiviti berkumpulan menjadikan sesi ini lebih bermakna kerana peserta diberi peluang mengaplikasikan pengetahuan secara langsung sekali gus membina rangkaian rentas institusi terhadap projek-projek akademik yang akan datang.
Foto dan pelaporan:
Ts. Faizatulhaida binti Md Isa
Unit Penyelidikan Inovasi dan Pengkomersialan (UPIK)