𝐏𝐓𝐒𝐁 𝐝𝐚𝐧 𝐉𝐀𝐒 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐉𝐚𝐥𝐢𝐧 𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫
Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah (JAS Kedah) bersempena Hari Bumi 2025 menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik ke arah pendidikan dan penyelidikan berteraskan kelestarian alam sekitar.
Penandatanganan disempurnakan oleh Haji Mohd Ruzi bin Hamzah, Pengarah PTSB dan Encik Mohd Nazri bin Ramli, Timbalan Pengarah JAS Kedah mewakili ketua jabatan. Turut hadir menyaksikan sesi ini ialah YBhg. Datuk Ab. Rahim bin Mohd Nor, Pengerusi Persatuan Mata Hati Malaysia dan Dr. Mohd Nor Azam bin Mod Dali, Timbalan Pengarah Akademik PTSB.
Nota kerjasama ini memberi penekanan kepada penganjuran program pendidikan dan kesedaran alam sekitar, kerjasama dalam kajian berkaitan pemuliharaan serta penerapan teknologi hijau yang mampan.
Usahasama ini dijangka dapat memperkukuh peranan politeknik sebagai institusi pendidikan TVET dalam membentuk generasi muda yang lebih peka terhadap isu alam sekitar selaras dengan aspirasi negara ke arah pembangunan mampan.
Pelaporan:
Nurhaida Abdullah Hadi, CISEC
Foto:
Aniqah Hanis Noor Hazlan, Unit Komunikasi Korporat