๐๐๐๐ ๐๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ค ๐๐ฎ๐๐๐ฒ๐ ๐๐ข๐ฃ๐๐ฎ ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ฆ๐ข ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐๐ก
ย
KULIM, 22 April 2025 โ Komitmen terhadap kelestarian alam terus diperkasa apabila Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menjadi hos sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Kedah 2025 dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dan Persatuan Mata Hati Malaysia (PMHM).
Bertemakan "Our Power, Our Planet", program ini membawa mesej mendalam tentang peranan tenaga boleh diperbaharui dalam membentuk masa depan yang mampan khususnya dalam kalangan warga politeknik.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, En. Mohd Nazri bin Ramli yang mewakili Pengarah JAS Kedah.
โKesedaran terhadap penjagaan alam sekitar perlu bermula dari peringkat akar umbi dan institusi pendidikan seperti PTSB yang berperanan besar dalam melahirkan generasi yang peka terhadap isu kelestarian,โ katanya ketika berucap merasmikan majlis.
Hadir sama, Pengarah PTSB, Haji Mohd Ruzi bin Hamzah dan Pengerusi PMHM, YBhg. Datoโ Ab Rahim bin Mohd Noor sekali gus memperlihatkan sinergi antara politeknik, badan kerajaan dan komuniti setempat dalam memperjuangkan agenda hijau.
Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan sepanjang program termasuk pertandingan fotografi, video kreatif, e-kuiz serta seni kitar semula yang menjadi platform pelajar mengasah kreativiti melalui bakat mereka di samping mengekspresikan pandangan terhadap isu kelestarian.
Sebanyak 500-kilogram sisa berjaya dikumpul menerusi kempen pengumpulan sisa elektronik sebagai usaha meningkatkan kesedaran terhadap pengurusan sisa teknologi secara beretika dan berhemah.
Program turut dimeriahkan dengan pameran kesedaran alam sekitar oleh agensi berkaitan selain sesi penanaman pokok dan majlis menandatangani nota kerjasama strategik antara PTSB dan JAS Kedah.
โIni bukan sekadar program simbolik tetapi titik tolak kepada pembudayaan hijau dalam kalangan warga PTSB secara berterusan,โ jelas Haji Mohd Ruzi.
Pelaporan:
ย
Ts. Faizatulhaida binti Md Isa
Unit Pengurusan Teknologi Hijau
ย
Foto: Aniqah Hanis Noor Hazlan
Unit Komunikasi Korporat