๐๐๐ ๐๐๐๐: ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ซ ๐๐๐ซ๐ฌ๐ข๐ก๐ค๐๐ง ๐๐๐ง๐ญ๐๐ข, ๐๐ฎ๐๐ข๐ญ ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ก
ย
BUTTERWORTH โ Dua kelab pelajar daripada Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah bergabung tenaga dalam menjayakan program CSR โI Love Beachโ di Pantai Bersih, Butterworth, baru-baru ini.
Aktiviti anjuran Kelab Audio Visual dan Kelab Komputer ini merupakan usaha untuk memperkasa peranan pelajar dalam aktiviti kesukarelawanan terhadap alam sekitar. Program ini disertai oleh 41 pelajar dengan pengawasan tiga pensyarah pengiring.
โKita galakkan pelajar mengambil inisiatif dalam aktiviti luar bilik kuliah yang memberi impak sosial. Waste auditing pula menjadi elemen penting untuk menambah nilai kepada aktiviti ini,โ ujar Dr. Janet Ho Siew Ching.
Audit yang dijalankan menunjukkan kutipan sebanyak 15.5kg sampah dengan pecahan 8.70kg sisa tidak boleh dikitar semula dan 6.80kg boleh dikitar semula.
Para pelajar yang terlibat menzahirkan kelegaan dan keterujaan mereka apabila dapat menyumbang untuk alam sekitar sambil belajar sesuatu yang baru.
ย
Foto dan pelaporan:
Dr. Janet Ho Siew Ching
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer
ย
