Kulim – Unit Keusahawanan dan Unit Pengurusan Psikologi Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah bergabung dalam Program MindBizz Fest 2025 untuk memberi peluang kepada para pelajar menjana pendapatan disamping diisi pengisian motivasi bagi memenuhi sasaran KPI kursus MPU22012 dan Kelab Keusahawanan PTSB.
Program ini berjaya dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti seperti Pameran Kesedaran Kesihatan, The Next Top Hawker, Perkongsian Perniagaan Produk China, Ceramah Motivasi dan Jualan Rahmah Madani.
Program MindBizz Fest 2025 telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Solid Precision Engineering Sdn Bhd, Ts. Dr. Boey Kok Hoong sekaligus menyempurnakan Peluncuran Inkubator Batch 2025.
Lebih 400 pelajar kursus MPU22012 dan Pelajar Kelab Keusahawanan mendapat pendedahan eksklusif berkaitan perniagan produk China, Program Zero to Hero dan Ceramah Motivasi. Manakala 15 gerai pelajar bertanding dalam The Next Top Hawker. Usahawan kecil komuniti turut sertai jualan gerai makanan dan minuman.
Pertandingan The Next Top Hawker telah dinilai oleh 2 orang juri iaitu Pensyarah Kolej Komuniti Kepala Batas, Ts. Mohd Suhairi bin Mohd Shariff dan Pensyarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Encik Baharuddin bin Azit.
MindBizz Fest 2025 bukan sekadar perkongsian ilmu dan motivasi malah membentuk pelajar yang bersedia menghadapi realiti bidang keusahawanan sebenar.