𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐏𝐓𝐒𝐁 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟓
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menzahirkan kebanggaan dengan pencapaian pelajar yang telah mengharumkan nama politeknik dalam Pertandingan Karakter Perpaduan dan Busana Silang Budaya sempena Minggu Perpaduan Negeri Kedah 2025.
Amalia Farisha binti Azirul dan Muhamad Azam bin Md Tajul dari Kelab Kejuruteraan Elektrik berjaya meraih Naib Johan dalam Pertandingan Karakter Perpaduan, membawakan watak Bawang Merah/Bawang Putih serta Mat Kilau dengan penuh penghayatan.
Dalam Pertandingan Busana Silang Budaya, Nurul Najwa Aqilah binti Ismail dan Guga Saranya a/p Balamurugan dari Kelab Sekretariat Rukun Negara (SRN) memperagakan busana kaum India Lehengga dan pakaian tradisi kaum Melayu iaitu Kebaya Labuh dengan penuh pesona, menonjolkan keindahan variasi budaya Malaysia.
Tahniah kepada semua peserta dan pengiring yang telah menyumbang kepada kejayaan ini. Semangat dan usaha mereka pastinya memberi inspirasi kepada semua. Teruskan usaha gigih dan kekalkan semangat perpaduan ini.
Foto dan pelaporan:
Shakirah binti Anuar,
Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK)