𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐏𝐓𝐒𝐁 𝐓𝐞𝐫𝐨𝐤𝐚 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐒𝐩𝐫𝐢𝐭𝐳𝐞𝐫 𝐄𝐜𝐨𝐩𝐚𝐫𝐤
Pelajar dari DKA2A dan DKA2D Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) baru-baru ini berpeluang mengadakan lawatan akademik ke Spritzer Ecopark, Taiping, Perak sebagai sebahagian daripada kursus DCC20391 - Technician & Sustainable Development.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai proses pengeluaran air mineral semula jadi serta kepentingan pemuliharaan alam sekitar. Pelajar berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana Spritzer menjalankan operasinya dengan mematuhi piawaian antarabangsa bermula dari sumber bawah tanah hingga ke proses pembotolan yang teliti.
Selain itu, mereka turut diberi pencerahan tentang inisiatif kelestarian yang dijalankan oleh Spritzer termasuk aktiviti penanaman pokok untuk menyokong pembangunan mampan.
Pengalaman ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang tanggungjawab menjaga alam sekitar dan sedikit sebanyak menyumbang kepada ilmu praktikal yang berguna dalam kerjaya mereka kelak.
Semoga lebih banyak program seperti ini dapat diadakan untuk memberi pendedahan langsung kepada pelajar.
Foto dan pelaporan:
Syahida Abu Bakar, Jabatan Kejuruteraan Awam