๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ข๐ฆ๐ ๐๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ค๐๐๐๐ฆ๐ข๐ค ๐๐๐ซ๐ข ๐๐จ๐ฅ๐๐ฃ ๐๐จ๐ค๐๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐๐ฅ ๐๐ฅ๐จ๐ซ ๐๐๐ญ๐๐ซ
ย
KULIM โ Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menerima kunjungan akademik dari pelajar dan pensyarah Program Teknologi Pembinaan, Kolej Vokasional Alor Setar dalam satu sesi lawatan penanda aras bertempat di Jabatan Kejuruteraan Awam.
Kunjungan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai laluan akademik dalam bidang kejuruteraan di politeknik serta meningkatkan kefahaman terhadap suasana pembelajaran peringkat diploma.
Taklimat dua program utama iaitu Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) dan Diploma Geomatik (DGU) telah disampaikan oleh ketua program masing-masing diikuti dengan sesi soal jawab dan lawatan ke makmal dan bengkel.
Foto dan pelaporan:
ย
Ts. Mohd Azmi bin Hambali
Jabatan Kejuruteraan Awam
ย

ย
ย