𝐏𝐓𝐒𝐁 𝐁𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐬𝐢𝐣𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐈𝐒𝐎 𝟒𝟓𝟎𝟎𝟏:𝟐𝟎𝟏𝟖
KULIM, 30 April 2025 - Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah berjaya mengekalkan pensijilan ISO 45001:2018 sejurus melepasi Audit Pensijilan Semula yang berlangsung pada 28 hingga 30 April 2025.
Pihak auditor mengesahkan bahawa PTSB telah melaksanakan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan berkesan selaras dengan keperluan piawaian antarabangsa.
Ini membuktikan komitmen berterusan PTSB dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk warga.
Terima kasih atas usaha semua pihak. Teruskan budaya kerja selamat demi kesejahteraan seluruh warga.
Pelaporan:
Mohd Zaidi bin Yusof
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerja