𝐏𝐓𝐒𝐁 𝐒𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐡𝐢 𝐏𝐢𝐚𝐰𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐄𝐊𝐒𝐀 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧
KULIM – Komitmen terhadap persekitaran kampus yang kondusif dan selamat terus menjadi keutamaan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) terbukti melalui keberhasilan program ‘CSR Park My Vehicle Safe’ Fasa 2 baru-baru ini.
Usaha kolektif ini mensasarkan penambahbaikan infrastruktur selaras dengan piawaian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH).
Seramai 190 warga PTSB merangkumi pelajar, pensyarah dan staf terlibat secara langsung dalam aktiviti mengecat semula 174 lot parkir kereta, 400 lot parkir motosikal, garisan gelanggang sukan di Jabatan Sukan Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) dan 18 pemegang tangga (railing).
Program anjuran bersama jawatankuasa EKSA, JHEP dan JSKK ini dilihat berjaya menangani beberapa hasil teguran audit dan menyokong persediaan PTSB ke arah pensijilan EKSA demi memastikan persekitaran yang lebih teratur dan selamat untuk seluruh warga.
Foto dan pelaporan:
Dr. Janet Ho Siew Ching
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK)