ย 
Yeshveenii a/p Kalaiselvan, pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) sekali lagi membuktikan keunggulan sukan dalam kalangan pelajar TVET apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Gemilang Sukan Politeknik di Majlis Anugerah Gemilang Pelajar POLYCC (MAGP POLYCC) anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Majlis berprestij yang mempertandingkan 17 kategori ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud yang menyifatkan pelajar POLYCC sebagai pemangkin pembangunan negara.
โ€œMereka ini adalah hasil sistem pendidikan yang membentuk sahsiah, kepimpinan dan nilai daya saing. Kejayaan mereka memberi keyakinan kepada KPT bahawa generasi TVET mampu memacu masa depan negara,โ€ ujar beliau.
Bagi Yeshveenii, anugerah ini menjadi simbol perjuangan, disiplin dan semangat yang tidak pernah luntur.
โ€œSaya dedikasikan kejayaan ini untuk PTSB, pensyarah dan keluarga yang sentiasa memberi sokongan tanpa henti,โ€ katanya penuh syukur.
ย 
Pereka: Ahmad Faidz Md. Isa, Pusat Pembelajaran Bahan Digital dan Multimedia (PPDM)
ย 
ย