ย 
BUKIT MERTAJAM, 6 Mei 2025 - Cytron Technologies membuka ruang pengalaman industri kepada 15 pelajar semester 4 kejuruteraan daripada pelbagai program yang mengikuti lawatan akademik, semalam.
Sebagai sebahagian daripada kursus Embedded System Applications, pelajar bukan sahaja melawat fasiliti pengeluaran modul berasaskan Arduino, ESP32 dan Micro:bit malah turut mengendalikan sendiri komponen seperti sensor suhu dan paparan LCD dalam bengkel teknikal yang disediakan.
Menurut Encik Khairol Shah bin Othman, pensyarah pengiring, โ€œprogram seperti ini membina keyakinan pelajar untuk berkomunikasi dalam suasana industri sebenar dan mencabar diri mereka mengendalikan peralatan sebenar bukan sekadar belajar di makmal.โ€
Lawatan ini mengukuhkan lagi jalinan pendidikan dan industri ke arah melahirkan graduan TVET yang kompeten dan bersedia menghadapi cabaran teknologi masa depan.
ย 
Foto dan pelaporan:
Khairol Shah bin Othman, Jabatan Kejuruteraan Elektrik