Makluman kepada para pelajar, Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi (UTMK) sedang mengendalikan Kaji Selidik Kemudahan Dan Perkhidmatan ICT Di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Bagi Tahun 2019 secara atas talian.

Tujuan kaji selidik ini dijalankan bagi mendapatkan maklumbalas terhadap tahap kepuasan pelanggan terhadap kemudahan dan perkhidmatan ICT di PTSB sepanjang tahun iaitu daripada bulan Januari hingga Disember 2019. Maklumat yang diperolehi daripada soal selidik ini adalah untuk tujuan penambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan daripada pihak Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi (UTMK) dari masa ke semasa. Terima kasih.

Sehubungan dengan itu, para pelajar diminta memberikan maklumbalas terhadap kajian tersebut. Kajian ini boleh diakses melalui pautan di bawah:

Kaji Selidik Kemudahan Dan Perkhidmatan ICT Di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Bagi Tahun 2019