Arahan ini bertujuan mendukung usaha memperkukuhkan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan. Usaha ini direalisasikan melalui pembentukan inisiatif Pemantapan Governans, lntegriti dan Anti-Rasuah dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan bagi menggantikan Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan. Matlamat utama pemantapan ini adalah untuk memastikan pengurusan pentadbiran Kerajaan bebas daripada perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Bagi mencapai hasrat ini, pengurusan pentadbiran Kerajaan hendaklah dilaksanakan dengan cekap, berdisiplin dan berintegriti. - (ARAHAN YAB PERDANA MENTERI NO. 1 TAHUN 2018 PEMANTAPAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTI-RASUAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA: MEKANISME PENGURUSAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTI-RASUAH KEBANGSAAN)

Muat Turun:

Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) Institusi, Zon Dan JPPKK

Terma Rujukan Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) Politeknik Dan Kolej Komuniti

Tugas Dan Tanggungjawab Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) Politeknik Dan Kolej Komuniti

Tatakelakuan Dan Tatatertib Di Dalam Perkhidmatan Awam