Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh dikekalkan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) sehingga tiga indikator nilai ambang utama dicapai, maka dengan itu pihak PTPTN telah memaklumkan bahawa tempoh penghantaran Dokumen Tawaran dan Perjanjian Pinjaman bagi kelulusan 7 Mei 2021, 8 Jun 2021 dan 7 Julai 2021 dilanjutkan sehingga 14 Ogos 2021.

Penghantaran dokumen tersebut boleh dibuat ke Ibu Pejabat PTPTN melalui pos di alamat berikut:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No. 12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
(u.p. En. Ahmad Shahril @ Muhammad Shahril bin Ghazali)

Sekian dimaklumkan, terima kasih

Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah