Pilihanraya kampus bakal datang lagi !
Dimaklumkan bahawa pilihan raya kampus bagi pencalonan Majlis Perwakilan Pelajar 2022/2023 akan dijalankan.

Hari mengundi pilihan raya akan dijalankan pada ketetapan berikut:

TARIKH: 30 Mac 2022 (Rabu)
MASA: 8:00 pagi - 4:00 petang
PLATFORM: (Secara Online) Di PORTAL RASMI SPMP PELAJAR

Adalah diseru kepada semua pelajar PTSB untuk melaksanakan tanggungjawab anda sebagai pengundi bagi menentukan barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diyakini mampu melakukan tugasannya dengan baik. Barisan kepimpinan inilah yang akan menjadi suara-suara pelajar di samping membela dan menjaga kebajikan mahasiswa.

Pelajar akan didedahkan dengan proses penamaan calon sehingga pengumuman undian sepanjang PRK berlangsung. Oleh itu, diharapkan kepada pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah ambil cakna berkenaan dengan pilihanraya kali ini.

Komitmen pelajar dalam PRK sangat penting dalam membentuk pemimpin dikalangan mereka. Para pelajar adalah DIWAJIBKAN untuk mengundi pada hari tersebut.

Ayuh mengundi!
Demi masa depan PTSB tercinta.
Pastikan peratus turun mengundi PRK PTSB kali ini mencatat rekod peratusan turun undi paling tinggi.

HAK ANDA, TANGGUNGJAWAB ANDA.