Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Pelepasan kuliah dipertimbangkan sekiranya mendapat surat permohonan pelepasan kuliah daripada pihak penganjur aktiviti. Aktiviti mestilah diperakui oleh pihak yang bertanggungjawab.
Ya, pelajar yang mendapat Purata Nilai Mata (PNM) 3.5 dan ke atas layak diberi sijil Anugerah Ketua Jabatan bagi semester tersebut. Dari masa ke semasa, pelajar cemerlang juga akan dipilih untuk mengikuti program khas kem kepimpinan.
Pelajar dikehendaki memaklumkan kepada PA secara lisan sebelum pulang. Setelah kembali pelajar perlulah dengan kadar segera mengisi borang permohonan pengecualian kuliah dengan mengepilkan dokumen bukti berkaitan.
Salinan-salinan sijil cuti sakit mesti disahkan oleh penasihat akademik (PA) dengan mengemukakan sijil asal tersebut dan ianya perlu diserahkan kepada pensyarah-pensyarah kursus yang berkaitan.
Ya, pelajar-pelajar boleh menggunakan bilik kuliah sekiranya tiada kuliah dijadualkan pada waktu itu. Sila gunakan prasarana secara berhemah dan tidak membazir tenaga elektrik.
Pelajar boleh mendapatkan maklumat terkini melalui sesi perjumpaan bersama PA.
Ya, pelajar-pelajar sentiasa diberi peluang untuk memperbaiki markah penilaian perterusan. Cara dan kaedahnya ditentukan oleh pensyarah kursus masing-masing.
Apakah peranan PA dalam membantu pelajar sepanjang pengajiannya di politeknik?
- Membantu pelajar memahami dan peka kepada Peraturan Sistem Semester, Peraturan Akademik Politeknik dan Peraturan Peperiksaan Politeknik.
- Membantu dan menasihati pelajar dalam membuat pilihan kursus pada setiap awal semester.
- Memantau perkembangan akademik semua pelajar di bawah seliaannya termasuk membimbing dan membantu dalam membuat perancangan beban akademik, memberi motivasi dan sebagainya.
- Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelajar bermasalah seperti keputusan bersyarat (KS) yang melibatkan beban akademik, mengulang penilaian, motivasi dan sebagainya.
- Memberi bantuan dan khidmat nasihat kepada pelajar dalam membina dan manyuburkan perkembangan sahsiah diri.
- Mengesan dan mengenalpasti pelajar yang memerlukan bimbingan dan rundingcara khas seterusnya merujuk pelajar berkenaan kepada individu berkaitan seperti pensyarah yang mengajar dan kaunselor pelajar.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti bersesuaian yang melibatkan semua pelajar di bawah penasihatannya.