Unit Penilaian dan Peperiksaan

Keputusan rasmi peperiksaan diumumkan 2 minggu selepas tamat peperiksaan akhir pada semester tersebut.

on Rabu Mei 20 by admin

Bagi rayuan ke atas keputusan peperiksaan, pelajar perlu menulis surat kepada Pengarah politeknik dalam tempoh 14 belas hari dari tarikh keputusan rasmi. Rayuan hendaklah disertakan dengan alasan-alasan yang munasabah dan bukti-bukti berkaitan.

on Rabu Mei 20 by admin

Langkah 1:

Pelajar perlu membuat permohonan secara bertulis kepada Pengarah Politeknik dalam tempoh 14 belas hari dari tarikh keputusan rasmi diumumkan.

Langkah ke-2:

Pelajar dikenakan bayaran sebanyak RM25 bagi setiap kursus dan dibuat dalam bentuk kiriman wang/wang pos atas nama Pengarah Politeknik.

on Rabu Mei 20 by admin

Bila keputusan rayuan boleh diketahui?

Keputusan rayuan semak semula skrip jawapan:

Keputusannya boleh diketahui dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan.

Keputusan peperiksaan akhir:

i) Pelajar bukan semester akhir

Keputusan rayuan akan dimaklumkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan rayuan daripada Jawatankuasa Peperiksaan Polteknik

ii) Pelajar semester akhir

Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada pelajar dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan rayuan daripada Lembaga Peperiksaan

on Rabu Mei 20 by admin

Penilaian Khas adalah penilaian yang hanya diberikan kepada pelajar semester akhir (cukup jam kredit) yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Mendapat keputusan KB
  2. Gagal 1 kursus sahaja
  3. Telah menduduki peperiksaan akhir bagi kursus berkenaan
  4. Tidak melampaui tempoh maksimum program
  5. Tidak dikenakan tindakan tatatertib
on Rabu Mei 20 by admin
  1. Tempoh pelaksanaan adalah berasaskan jumlah jam kredit kursus berkenaan yang dilaksanakan dalam tempoh 1 hingga 4 minggu.
  2. Penilaian Khas merangkumi penilaian berterusan (PB) dan penilaian akhir (PA).
  3. Tarikh keputusan rasmi penilaian khas adalah bersamaan dengan tarikh keputusan rasmi peperiksaan akhir semester tersebut.
on Rabu Mei 20 by admin

Pelajar yang layak untuk menduduki Peperiksaan Akhir Khas ialah:

  1. Disahkan sakit oleh pegawai perubatan kerajaan
  2. Menghadapi kes-kes kecemasan seperti kes kematian ahli keluarga terdekat, kemalangan, bencanan alam atau kebakaran dengan pengesahan dari pihak berkuasa atau
  3. Menyertai aktiviti yang diluluskan oleh pengarah Politeknik dengan mengemukakan surat pengesahan daripada pihak penganjur
on Rabu Mei 20 by admin
  1. Keperluan alat tulis
  2. Kad pelajar (kad matrik) dan slip pendaftaran kursus
  3. Kalkulator
on Rabu Mei 20 by admin

Perlu buat laporan polis dan mohon untuk mendapatkan semula salinan transkrip atau sijil yang hilang dari Unit Peperiksaan.

on Rabu Mei 20 by admin
Ke Atas