Pusat Sumber dan Perpustakaan
Semua pengguna perpustakaan yang dihormati,
Sistem ILMU membenarkan pengguna memperbaharui pinjaman secara dalam talian sebelum tamat tempoh.
Panduan penggunaan:-
Log in My ILMU melalui web ptsb --> Capaian pantas --> MyIlmu atau http://webopac.ptsb.edu.my:8081/equip-ptsb/
1. Log in masuk akaun
ID pengguna : PTSB0XXX (no staf )
Kata Laluan : 1234 (default )
2. Bahan Pinjaman --> tanda pada kotak berhampiran no accession --> renew
3. Had maksimum pembaharuan terhad kepada 2 kali sahaja bersamaan 3 bulan pinjaman.
4. Tidak dibenarkan jika bahan tersebut telah ditempah oleh pengguna lain.
5. Bahan pinjaman anda siap diperbaharuai tanpa perlu datang ke kaunter. Mudah dan pantas.
Waktu perkhidmatan Perpustakaan PTSB ialah pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
Bagi kakitangan PTSB, sila berikan butiran peribadi melalui email atau mengisi borang yang boleh diperolehi di kaunter.
Bagi Staf: 7 buah buku di rak terbuka (open shelf ) dan 3 buah buku di rak pinjaman terhad (red spot )
Bagi pelajar: 5 buah buku di rak pinjaman terbuka (open shelf )
Pengguna boleh memperbaharui pinjaman melalui kaunter, telefon dan email. Maklumkan Nombor perolehan (accession no.) untuk tindakan lanjut pihak perpustakaan.
Pengguna boleh mengetahui status sesuatu buku tersebut sama ada dipinjam oleh pengguna lain atau tidak dengan menggunakan WebOPAC PTSB (http://webopac.ptsb.edu.my:8081/equip-ptsb/).
Para pengguna boleh mencadangkan tambahan bahan bacaan melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ataupun berhubung terus dengan pihak perpustakaan.
Pengguna boleh menempah buku yang masih dalam tempoh pinjaman pengguna lain dengan mendaftar masuk ke akaun myILMU dan cari buku tersebut di WebOPAC. Jika sesebuah tajuk buku tersebut telah dipinjam oleh pengguna lain, pengguna boleh menempah (reserve) dalam tempoh 7 hari selepas bahan tersebut dipulangkan.